Saturday, October 16, 2010

Siapakah Wanita Muslimah??? Apakah Ciri2nya!!!!

wanita solehah

Mentaati suruhan Allah SWT, Rasulullah SAW secara holistik. Begitu juga akur dengan perintah mak abah ataupun suami jika sudah menikah.
Ustaz juga pernah berkata, bahawasanya jikalau boleh dia tidak mahu isterinya bekerja diluar mencari nafkah. Kerana ustaz nak berikan isteri dia syurga dengan hanya berada di rumah. Namun, kehidupan mereka masa tu dari segi kewangan memang tak stabil. Kena berpisah untuk kerja, dan hari minggu adalah hari mereka mengqada’ kasih-sayang sebagai suami isteri. Semoga Allah merahmati rumahtangga mereka.
Betapa Islam Memudahkan Muslimah
Dalam Islam, kalau dilihat, tidak banyak syarat dikenakan untuk menjadi seorang muslimah solehah.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
1- Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah SWT ?
- Mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada muhrim atau mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan ketaqwaan
- Berbuat baik kepada ibu bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah atau pun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak cemberu di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya jika dalam kebenaran
- Tidak menerima tetamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal & kecantikannya serta rumah tangga.
Di dalam hal mengenai wanita solehah. Rasulullah SAW pernah bersabda dengan pujian Baginda yang berbunyi begini,
“Dunia itu seluruhnya perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita/isteri solehah.”
“Tiada kekayaan yang diambil seorang mukmin setelah bertakwa kepada Allah yang lebih baik dari isteri solehah;iaitu taat jika diperintah, menyenangkan jika dilihat, suka berterima kasih bila diberi, dan jika suaminya pergi akan menjaga dirinya dan harta suaminya.”
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka akan memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki.”
Kadang-kadang dalam kehidupan kita sehari-hari, kita tegar membasahkan bibir dengan kalimah ‘aku ingin menjadi wanita solehah’. Tetapi dalam pada masa yang sama kita sendiri tidak tahu dan belum tahu macam mana nak jadi antara wanita-wanita yang lebih baik daripada bidadari syurga.
Keinginan
Kita berazam nak menjadi antara mereka yang akan masuk syurga, tapi baca Al-Quran dalam masa sehari pun tinggal. Malas nak baca. Bila diberikan novel yang terbaru dan terhangat di pasaran, 30 bab pun boleh baca. Bila nak habiskan 1 surah terjemahan sudah liat untuk itu.
Kata nak masuk syurga, solat fardhu 5 waktu pun adakalanya terasa susah untuk didirikan. Apatah lagi solat sunat. Bila ada kesempitan dalam hidup barulah sibuk-sibuk nak kunci jam untuk bangun di waktu sepertiga malam.
Kata nak masuk syurga, kisah-kisah para tokoh wanita di zaman Rasulullah SAW pun tidak diketahui. Tapi artis-artis wanita yang terkenal dengan bajunya yang cukup moden sangat-sangat dikenali. Ini memanglah tidak wajib untuk diketahui, namun disebalik kisah-kisah mereka semua, terdapat seribu satu rahsia untuk mendapatkan kunci syurga.
Kata nak masuk syurga, tapi bila si suami meminta tolong kepada si isteri untuk buat kopi, si isteri terus merungut dengan berkata buat kopi sendiri pun tak boleh. Tapi bila diberi duit shopping, tidak pula penat berjalan keluar masuk kedai hatta 100 buah kedai pun.
Beginilah kadang-kadang sifat kita sebagai manusia. Keinginan untuk mendapatkan sesuatu itu memang tebal, namun usaha yang diberikan untuk keinginan itu hanya ibarat secubit garam cuma. Cuba bandingkan usaha dan hasil, tempangkah? Berat sebelahkah? Sudah semestinya tidak seimbang, bukan? Lantang melaungkan sahaja tidak cukup!

p/s: Perlu juga difahami, kesolehan seseorang itu tidak boleh diukur 100% melalui pemakaian si pemakai. Namun selalunya apa yang terzahir itu adalah gambaran peribadi. Dengan izin Allah!

No comments:

Post a Comment