Monday, October 25, 2010

Bacalah Al-Quran Walau Sepotong Ayat

Ya-Allah masukkan hambamu dalam golongan paling sedikit..   Ya-allah jgn kau lalaikan ht hambamu ini, andai diri ini alpa berilah peringatan agar tidak tersasar jauh..amiin ya rab.
 
Shbt2..mari muhasabah diri seketika.. erm kalau boleh baca blog, akhbar, novel tebal2.. sanggup bersengkang mata, mengapa al-quran 1 ayat kita tak mampu membacanya, jgnkan nak membaca, menyentuh, mencium al-quran apatah lagi.
 
Justeru itu, marilah kita bersama2..luangkan masa 10m' untuk membaca beberapa ayat dengan membuka tafsirnya agar dpt diamalkan islam secara keseluruhannya.. inilah kitab yg ditinggalkan oleh Nabi Muhammad saw agar umatnya tidak sesat sepanjang zmn.waallhhualam..
 
  
 
 
  Tingkat atau golongan pembaca Quran dapat dibahagikan 6 tingkat, mari kita perhatikan diri kita berada ditingkat yang mana, tergolong dari tingkat yang tinggi atau yang paling rendah?

GOLONGAN YANG LALAI

AL-GHAFILIN: Pembaca sekitar 1-9 ayat.
Golongan paling rendah ialah orang-orang yang membaca Quran kurang dari 10 ayat pada setiap malam, ini berdasar kenyataan Tamim Ad-Dhari yang pernah berkata yang maksudnya: “Siapa membaca sepuluh ayat Quran pada suatu malam, tidaklah dituliskan dia daripada golongan yang lalai.”

GOLONGAN YANG INGAT

AL-ZAKIRIN: Pembaca sekitar 10-49 ayat.
Kata Abi Said Al-Khadari yang bermaksud: ” Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran adalah dituliskan daripada golongan ingat.”

GOLONGAN PEMELIHARA

AL-HAFIZIN: Pembaca 50-99 ayat.
Sahabat nabi, Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pernah berkata yang maksudnya: ” Siapa membaca 50 ayat Quran pada suatu malam, adalah dituliskan daripada golongan pemelihara-penghafal Quran.”

GOLONGAN SETIAWAN

AL-QANITIN: Pembaca sekitar 100-199 ayat.
Ibnu Umar berkata: “Siapa membaca Quran pada suatu malam sebanyak seratus ayat adalah dituliskan dia daripada golongan Setiawan.”
Tamim Ad-Dhari menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Siapa membaca 100 ayat Quran pada suatu malam nescaya dituliskan pahala dia mendirikan ibadah (sepenuhnya) pada malam itu.”

GOLONGAN JIAWAN

AL-FAIZIN: Pembaca 200-299 ayat.
Abdullah bin Omar berkata: “Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran tidaklah dituliskan dia daripada golongan yang lalai. Siapa membaca pada suatu malam 100 ayat Quran adalah dituliskan dia daripada golongan Setiawan dan siapa membaca 200 ayat Quran adalah dituliskan dia daripada golongan Jiawan.”

GOLONGAN JUTAWAN

AL-MUQANTIRIN: Pembaca 300-1000 ayat.
“Siapa membaca pada satu malam tiga ratus ayat Quran adalah dituliskan baginya satu Qinthar dan siapa membaca tujuh ratus ayat, Tidaklah aku mengetahui lagi akan pembalasannya.” demikian kata Abdullah.
Hasan menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Siapa membaca Quran pada suatu malam 100 ayat, tidaklah ia dibantahi oleh Quran pada malam itu, Siapa membaca Quran pada suatu malam 200 ayat nescaya dituliskan dia orang yang mendirikan peribadatan malam (ibadah sepenuh malam). dan seterusnya siapa membaca Quran pada suatu malam 500 ayat sampai meningkat 1000 ayat, adalah ia berpagi-pagi memperolehi 1 Qinthar diakhirat.” Mendengar itu sahabat-sahabat pun bertanya: “Berapakah satu Qinthar itu?” Nabi menjawab: “12000.”
Abi Ad-Darda menyebutkan persabdaan nabi saw: “Siapa membaca 1000 ayat Quran adalah dituliskan dia memperoleh 1 Qinthar pahala sedang satu Qirathnya adalah seperti Changkat yang besar”.
Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pula berkata: “Siapa membaca 1000 ayat Quran pada suatu malam, adalah dituliskan untuknya 1 Qinthar, sedang 1 Qirath daripada Qinthar itu adalah lebih baik daripada dunia dan isinya dan ia memperoleh lagi pahala mengikut apa-apa yang dikehendaki Allah”.
Sabda rasulullah saw: “Siapa kerap membacakan 10 ayat Quran tidaklah dituliskan daripada golongan yang lalai, Siapa membacakan 100 ayat Quran adalah dituliskan daripada golongan Setiawan dan siapa membacakan 1000 ayat Quran nescaya dituliskan daripada golongan Jutawan”. (H.D Abi Daud M. Abdullah bin Amru bin Al-Ash)
Orang yang tetap bersolat (fardhu Maghrib dan Isya’ maka mereka biasanya mencapai tingkat atau golongan pemelihara yaitu orang yang membacakan pada setiap malam tidak kurang daripada 50 ayat Quran (termasuk bacaan surah-surah pendek yang dibacakan sesudah Al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua pada solat Maghrib dan Isya’.)

Al-Quran

No comments:

Post a Comment