Tafsiran Manusia
Kita sebagai manusia ini sangat mudah mentafsirkan sesuatu yang terzahir. Sangat mudah menghukum dan mengeluarkan hukum. Sebetulnya, perangai seperti ini juga menakutkan. Boleh timbul beberapa keburukan dengan sifat yang suka sangat mentafsir seseorang tanpa mengenalinya.Kalau apa yang dia tafsirkan itu sesuatu yang baik, maka kita terima ia sebagai satu doa. Dan kalau apa yang dia teruskan itu sesuatu yang kurang baik, maka kita terima juga ia sebagai satu doa.
Begitu juga dengan diri saya. Saya kadang-kadang terlalu cepat mentafsir seseorang. Dan saya akan cepat-cepat kembalikan perasaan itu pada Allah SWT.
Untuk perangai manusia yang satu ini, kalau mentafsir sahaja mungkin bolehlah.. Tetapi jika terus menghukum dan dan mengelurkan hukum, memang sesuatu yang amat menyakitkan batin sekali. Meskipun apa yang ditafsirkan mengenai diri kita itu tidak betul, itu tidak mengapa.. Tetapi jika sampai berkata-kata di belakang atau menyebarkannya kepada orang lain, bukankah itu mengaibkan namanya?
Kenapa perlu tertanya-tanya dan menyebarkan fitnah seterusnya mengaibkan diri orang lain? Mengapa tidak cuba untuk bertanya kepada tuan badan sendiri? Bertanya sahaja dengan sebaiknya, dan tanyalah sebanyak-banyaknya. Itu adalah lebih baik daripada terus tertanya-tanya sendiri dan membuat saham dosa yang kita tidak nampak. Jika tidak mampu bertanya secara bersemuka, saya kira semua orang tahu menggunakan perkhidmatan SMS, email dan lain-lain.
Tafsiran orang ini kadangkala membawa kepada kebencian dan berprasangka buruk tanpa alasan yang munasabah. Mungkin disebabkan dengki si fulan ini macam tu, si fulan ini macam ni. Si fulanah itu mesra, si fulanah ini macam itu dan ini. Haih. Agaknya inilah salah satu penyakit yang menjadi antara kelemahan umat Islam sekarang.
Ataukah mungkin sejenis penyakit yang tidak boleh melihat orang senang? Wallahu’alam bissowwab.
Dari Penjuru Manakah Prasangka Buruk Ini?
Penyakit prasangka buruk ini boleh menjadi sebuah api kemarahan yang membawa kepada permusuhan, rasa marah, benci, meluat dan menyampah dengan seseorang dengan tidak berasas atau pun tidak berakar umbi. Ini sungguh menjengkelkan. Penyakit ini juga boleh menyebabkan si penghidapnya tidak sudah-sudah memburukkan seseorang yang ia tidak senangi dan seterusnya membuatkan diri si penyakit berasa bangga dan pantang tercabar untuk melihat sesuatu kebaikan bagi orang yang teramat dibencinya akibat penyakit prasangka buruk yang dirinya hidapi.Imam Ali as berkata, “Hati-hatilah kamu dari prasangka buruk, karena sesungguhnya prasangka buruk itu dapat merusak ibadah” (Mizan al-Hikam 5 : 626)
Prasangka buruk ini adalah satu pengadilan [judgement] yang mungkin agak terlalu ingin menjadikan seseorang itu seperti yang dikehendaki oleh dirinya.
Apabila penyakit ini menghuni hati manusia. Sebenarnya mereka sudah melanggar norma-norma kehidupan..
1 – akal
2 – toleransi/tolak ansur
3 – adil
Kita ; saya kamu dan kamu.. Kita tidak berhak untuk terus menilai seseorang dengan penilaian yang buruk belaka sehinggakan di dalam minda kita sudah terkunci bahawa orang itu begini, orang ini begitu, dan begitulah seterusnya.
Ini kerana, setiap orang boleh berubah. Dan juga setiap orang punya kehidupan masing-masing yang kita belum dapat selami pun. Jadi, bagaimana bisa kita boleh jadi seseorang yang dengan tegar mengeluarkan hukuman dengan menghukum atau melabel seseorang mengikut keenakan hati kita yang tidak berada di tempat yang normal pada waktu itu?
Sedar atau tidak, kita sudah melukai sekeping hati hamba Allah SWT.
Saya Rasa Terusik Tapi Saya Rasa Tenang
Saya sendiri adalah penghidap dan menjadi mangsa kepada penyakit berprasangka buruk yang tidak bertempat ini.Sungguh besar sekali fitnah yang saya ketahui semalam. Agak mencemarkan maruah diri saya dan keluarga. Saya tidak mengapa lagi, tetapi maruah keluarga saya? Untung saja mereka masih boleh bertolak-ansur walaupun kadangkala geram sehinggakan rasa seperti hendak menjahit sesuatu. Hmm. Apalah agaknya keberuntungan yang manusia perolehi untuk menyebarkan fitnah yang sedikit pun saya tidak pernah lakukan. Baiklah. Itu kes lain. Allah sahaja Maha Mengetahui.
Saya lebih suka cara orang yang bertanya secara peribadi untuk kepastian daripada diri saya sendiri. Jangan risau. Saya bukan pelabel untuk melabelkan orang yang bertanya untuk kepastian itu sebagai penyibuk ataupun penjaga tepi kain orang lain. Saya cuma hendak membantu diri sendiri dan orang lain supaya tidak menambahkan saham dosa dengan sesuatu benda yang remeh-temeh yang mungkin tidak kita sedari.
Saya juga manusia biasa, dan saya sendiri tidak lari daripada sifat yang cepat mentafsir manusia yang ada di sekeliling saya. Tapi cara saya, adalah bertanya kepada empunya badan atau membiarkan sahaja tafsiran itu berlalu dengan memikirkan hal lain dengan menggantikannya dengan sesuatu yang dinamakan dengan berbaik sangka. Memang saya terusik dengan perasaan yang sebegini, tetapi dengan berprasangka, hati saya sedikit sebanyak akan menjadi tenang.
Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, kembalikan kepada-Nya.
Kesimpulannya : Berbaik Sangkalah Selalu
Iya, berbaik sangka. Berbaik sangka juga ada waktunya susah untuk kita praktikkan. Dalam suatu keadaan, memang agak susah untuk berbuat demikian. Mungkin kita ada kisah yang tersendiri atau pun sebab-sebab yang tersendiri. Tapi tahukah kita atau pernahkah kita berasa tenang sekali dengan sifat yang berbaik sangka?Apa kata kita sama-sama praktikkan dan renungkan ayat-ayat cinta Allah SWT ini, Surah al-Hujurat, Ayat 11 dan 12..
11. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;
dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;
dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
12. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;
dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.
Kalau saya boleh, pasti kamu dan kamu pun boleh. Kalau kamu dan kamu boleh, pasti saya pun boleh. Dengan izin Allah.dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.
Hidup ini sangat-sangat memerlukan sifat bersangka baik untuk mengalahkan penyakit prasangka buruk. Tetapi di sini saya TEKANKAN, bersangka baik biarlah dengan bijaksana. Jangan terlalu membutakan diri dengan bersangka baik dengan setiap orang yang pelbagai ragam.
Saya sedikit terkilan. Dan mohon kepada individu tersebut agar tidak melemparkan fitnah yang membabi-buta sehingga boleh mencemarkan nama keluarga yang tidak berdosa. Saya maafkan kamu, dan kamu maafkan saya, kiranya kita 0-0. Dengan izin Allah. Dalam hidup saya, saya sudah banyak bertemu dengan orang. Sudah banyak diludah dan terludah. Namun sifat saya ialah saya tidak suka berdendam meskipun saya seorang manusia yang normal seperti orang lain. Tolonglah, kurangkan berprasangka buruk ya. Wallahu’alam bissowwab.
Semoga Allah merahmati.
No comments:
Post a Comment