Sunday, October 14, 2012

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air.

Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com

comments:

Anonymous said...
Alhamdulillah, agak ramai pulak kucing dtg bertandang ke rumah ku. Aku beri le apa2 yg boleh mereka makan, antaranya nasi digaul sadin, ikan, kadang2 roti rendam dgn susu dll.
Anonymous said...
saya kebumikan kucing penuh hemah...seperti kebumi manusia...
Sid said...
Aku pun suka bagi makan kucing-kucing terbiar yang suka melepak kat dapur rumah, tapi masalahnya kita dah jaga dia elok2, dia kencing dan berak merata-rata pulak kat dapur. Macamana nak buat tue?
Anonymous said...
saya suka kongsi milo ais ngan meow..
comel giler bila dorg terkejut hidung sejuk kena ais..
:D

Hayreddin_Barbaros said...
kucing2 belakang rumah aku selalu beperang...aku hulur 2 3 ekor ikan masin perang bersurai ler...huhuhuhu...
Anonymous said...
Sdr Sid, ko tak ajor ke kucing2 tu guna tandas ..
kahkahkah (jgn marah, gurau aje)


Ulasan GB

Jangan menyakiti makhluk seperti kucing apatah menyiksanya seperti kisah ini:
[Sedih] Kisah Kucing Dipotong Kakinya Kerana Mencuri Ikan - Video Di dalam

Posted by greenboc
Kisah seekor kucing yang dipotong kedua belah kaki hadapannya oleh “seekor manusia” (atau layakkah digelar manusia) kerana dipercayai mencuri ikan di sebuah restoran.

Selepas kaki kucing itu dipotong, ia dibiarkan menderita kesakitan di tepi kaki lima. Korang boleh bayangkan betapa menderita dan sakitnya kucing itu.
Sedangkan jari kita terluka terkena pisau pun, pedihnya bisa buat tak karuan seketika, inikan pula dipotong kakinya dalam keadaan hidup-hidup.

Kucing ini bernasib baik kerana ditemukan Allah oleh orang yang berhati mulia bernama Hairey. Hairey la yang menyelamatkan kucing tersebut dan merawatnya hingga sembuh.
Kini setelah 6 tahun berlalu, kucing yang diberi nama Hero itu telah pulih sepenuhnya. Hero mampu berjalan dan melompat walaupun kudung kedua kaki depannya. Melihat ketabahan Hero, timbul rasa simpati.

Sampai hati betul “seekor manusia” itu sanggup memotong kaki Hero.

Hairey atau kini mahu digelar Papa Hero turut berkongsi pengalamannya membela Hero dan juga kucing-kucing lain di blognya – kakimotong.blogpot.com

Papa Hero juga turut memuat naik video-video aksi Hero dan kucing lain di youtube.

Video di bawah menceritakan serba sedikit tentang Hero – kucing yang dipotong kaki.
-penyubiru

comments:
:
Anonymous said...
ini mungkin dilakukan oleh golongan penentang hudud tapi melaksanakan hukum tersebut terhadap binatang.
Yong said...
Kucing pun tahu camne nak menyayangi manusia. Tapi ada manusia yang amat zalim pada binatang. Ada juga yang mengaku peminat kucing tapi cuma nak bela kucing baka baik je. Kucing kampung atau tepi jalan tak mahu. Orang gini toksah le mengaku sayangi kucing.

Yong pun ada banyak kucing. Semua kucing kutip tepi jalan atau yang orang taknak. Masalahnya bela kucing ialah susah nak tinggalkan rumah.

Yong tabik pada papa hero.

bunbinban said...
alahai...siannya. pe jenis manusia la yg zalim sampai potong kaki kucing. Gua bela kucing gak mostly yg kutip tepi jalan je. Ada gak yg org bagi. Gua salute lu papa hero.
1 Malaysia said...
Yang tau berfikir, tak mau pula dikenakan potong tangan. Yang tak boleh berfikir dikenakan pula. Inikah keadilan manusia? Inilah manusia yang mendahului Tuhan. Entahlah apa nak jadi pada manusia yang disebut INSAN??????
Teringat AKU akan satu dokumetari yang menyatakan kejamnya binatang bila dimakan oleh binatang lain. Inilah pemikiran BARAT yang nak ditanam ke dalam kepala otak kita. Kan itu kitaran makanan atau tenaga.

Anonymous said...
Setiap perbuatan akan dihisab dan dibals oleh Allah swt...
Anonymous said...
alllaaaaaaahhhhh

aku menangis melihat video2 ini....

sehingga membuatku insaf jika aku pernah memukul kucing2 di dalam hidupku

Allah ampunilah dosa2ku

hamba Allah said...
Kepada anonymous..tolongla jgn kaitkan benda ni dgn politik..org yg melakukan benda ni adalah hamba Allah yang zalim da kejam, tiada kaitan dgn hudud.. hukum hudud tu bkn ntk haiwan saudara..bolehkah kucing ini berfikir, apa yg dia buat tu betul ke salah?? ia hanya mengikut fitrah nya sbg haiwan,mencari makanan..ingat..fikirlah dulu sebelum berkata2..
Anonymous said...
hamba Allah di atas

jgn salah sangka. ini bukan soal politik. yang anon pertama tu sampaikan adalah benar.

terdapat manusia yg tak suka hudud dilaksanakan di negara ini ...spt potong tangan ... tetapi mereka sanggup pula potong tangan kucing yang hanya mencuri seekor ikan...

itu penjelasannya...
Tinta.Muallimah said...
Smg Allah merahmati penyelamat kucing ini dan mndpat pahala x putus2 serta diampunkan segala dosa2nya.Kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihi kucing ini. Amin.(menitis airmataku menonton kesemua video2 ini)

1 comment:

  1. Kucing peliharaan ku sring q pukul tp untk menakuti bkan mnyakiti.apkah tndakan saya berlebihan..stlah d pukul si kucing takut.dan tdak mneruskan knakalannya.

    ReplyDelete