Monday, September 17, 2012

Judi Musuh No1



Akhbar sudah mula memainkan peranan betapa judi ketika ini menjadi barah yang semakin hilang kawalan di kalangan umat Islam khususnya orang Melayu. Pemimpin negara, pihak berkuasa bila lagi hendak bertindak secara terancang dan bersepadu agar memenuhi pencapaian NKRA yang telah ditetapkan, sekiranya ada? Akhbar berbahasa Melayu juga , haruslah reti bahasa dengan tidak menyiarkan lagi iklan keputusan judi dan apa-apa yang berkaitan dengannya.

Ketagih selepas menang RM300
25 Ogos 2012 - “SAYA mula bermain judi roulette sejak awal tahun lalu selepas mengikut rakan ke pusat siber. Pada mulanya saya ingat dia mahu saya menemaninya melayari Internet. Bagaimanapun, saya terkejut sebaik melangkah masuk ke kafe siber itu kerana di dalamnya memang ada komputer tetapi semuanya untuk tujuan berjudi dengan menawarkan permainan berlainan. Rakan mengesyorkan saya mencuba judi roulette dan percubaan pertama menyebabkan saya habis RM50. Tidak puas hati, saya kembali ke pusat siber itu keesokannya dan bertuah apabila menang lebih RM300 dengan hanya bermodalkan RM30.

Melayu gila judi ‘on-line’
25 Ogos 2012 - Sebelum 2009, majoriti tahi judi gilakan ‘mesin kuda’ yang menawarkan pertaruhan meneka urutan kuda pertama dan kedua sampai di garisan penamat dalam setiap perlumbaan. Semua enam kuda bernombor dan berlari hanya ilustrasi grafik di atas skrin komputer. Bagaimanapun, keuntungan diraih jika menang dikatakan kurang lumayan. Cita rasa kini berubah, begitu juga teknologi. Kini perjudian ‘on-line’ pilihan mereka, terutama Melayu.

Ibu bapa perlu awasi kegiatan anak-anak elak terjebak pertaruhan siber
25 Ogos 2012 - “Kebanyakan pusat judi siber menawarkan pertaruhan serendah RM1. Jadi remaja terbabit berjudi secara kecil-kecilan antara RM5 hingga RM10. “Walaupun ada ketikanya mereka menang, kekerapan itu terlalu sedikit dan tanpa sedar, mereka sudah berbelanja ribuan ringgit,” katanya.


No comments:

Post a Comment