Tuesday, February 1, 2011

Perjalanan Yang Jauh


Hayatilaaaa



wanita cantik: kenapa sukar untuk awak menerima saya? apa kurangnya saya?

lelaki: awak, banyak perkara yang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata. adakalanya penafsiran dengan akal pun tak bisa merungkai seribu satu kekusutan yang melanda. awak wanita sempurna, tiada apapun yang kurang. cuma saya yang tidak layak berada disini.

wanita cantik: maksud awak?

lelaki: awak, hidup saya mudah...yang sukar adalah perjalanan hidup ini. seorang lelaki sebenarnya bukan mencari wanita yang terbaik dalam hidupnya untuk dijadikan teman, tapi dia mencari wanita yang sangat mengerti akan dirinya dan sesuai dalam kehendak fitrah nalurinya. maafkan saya, hati saya telah dimiliki insan yang saya temui sebelum awak.

cintailah seseorang kerana Allah, begitu juga bencilah seseorang keranaNYA..nescaya Allah akan menyintai awak dan akan membuatkan insan yang awak cintai, menyintai awak.

* terdiam seketika

wanita cantik: siapa insan bertuah itu?

lelaki: wanita biasa seperti awak yang juga punya hati dan perasaan untuk disayang dan menyayagi. yang juga punya rasa sakit hati bila didusta. dialah yang bawa saya kemari kepada hidup saya hari ni. awak..cinta tak boleh dipaksa, tapi kasih itu boleh disemai dan dipupuk. biarlah cinta hadir tanpa dipaksa. cinta terlalu rumit untuk dimengertikan.

wanitya cantik: tapi..saya perlukan awak..

lelaki: yakinlah pada jodoh ketentuan Allah, pasti hati awak akan tenang. mengharap cinta seorang manusia pastinya ada kekecewaan. tapi mengharap cinta dan kasih Allah, pastinya menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Allah Maha Berkuasa, dia yang memiliki hati setiap kita. begitulah juga kasih dan sayang manusia yang bersifat sementara ini. DIA berikan kepada sesiapa dan ambil daripada sesiapa yang dikehendakinya. hati saya telah lama tiada untuk seorang wanita, telah saya hadiahkan pada seorang yang Allah tuliskan kasih sayang dihati ini untuknya.

wanita cantik: ....

lelaki: Maafkan saya, dalam tk sedar telah memberikan awak secubit harapan. andainya boleh saya putarkan kembali waktu.............
tapi apakan daya, saya hanyalah insan biasa yang tidak mampu menolak cinta yang telah hadir. berilah saya sedikit waktu dan ruang untuk
'mencari diri saya'.. yakinlah, Allah telah menulis setiap apa yang telah berlaku, mahupun saat ketika saya menemui awak disini, begitu juga setiap perkara yang akan terjadi. Apa daya kita? hatta yang berlaku selepas pertemuan hari ini...tidak kita ketahui. perjalanan ini masih jauh....

*hari berganti tahun...

..."aku terima nikahnya.................tunai"

"saya menerima awak bukanlah kerana apa yang dapat dilihat manusia lain. bukan juga kerana perasaan sayang yang hadir dalam hati saya terhadap awak tapi..
kerana awak adalah insan yang telah tertulis di Arsay Allah untuk menjadi teman hidup saya 

dari: Al' Asri

No comments:

Post a Comment