Saturday, June 26, 2010

27.06.2010..

hari ni pie langsung xngantok...rasa lain jak malam nie...rasa jiwang pla..mcm pie trase kehilngan sesuatu..perasaan kwn kot...mcm nak lari jak dari sini..hurmmmm bila teringat lagu shakira: illegal nie..trase pla mcm sad story...tambah2 pla bla nonton sad love story.. mengenai pasangan kapel..
nak taw...tonton la kat fb pie tu...sampai kuar airmata nak menonton nya...mukin terasa sebab pie menghayati cerita tu...kenapa bila kita memiliki orang tu tapi kita langsung tak menghargainya.. sebaliknya kita tidak puas mencari kesalahan orang tersayang..pie taw kita nie manusia biasa slalu mlakukan kesalahan kita sering melihat & mendengariklan2 mengenai "sayangi orang tersayang seblum terlambat" tapi kenapa kita yang celik nie nda nampak...membutakan diri kita yang sedia celik..adakah kita egois hngga enggan mengaku!!!!sudahnya kita yang mengigit jari kehilangan org yang paling myayangi kita!!! sedih kan!!!! hargailah orang tersyang!!!

ps: pie pun baru tersedar =).. jangan lupa tonton ba video nie..mukin ble sedarkan kamu tu mcm pie hahah..bukan d blog nie tapi d profile ku ya!!!! tata


Thursday, June 24, 2010

Bersederhana itu Kekayaan Yang Nyata

~jika perlu marah,marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar
-jika perlu menangis, menangislah tapi usah terlupa dengan perkataan tenang
-jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan
-jika mahu miskin,miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi kufur
-jika mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah
-jika mahi menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak2nya tetapi jangan terlupa keperluan dunia
-kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu tetapi jangan terlupa menepati
keperluan semasa
-kalau mahu beli sebuah rumah,belilah asalkan jangan tak tahu perkataan puas.
-kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asalkan jangan sampai terlupa beribadah
-kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tak sakan & menyalahi syariat
-kalau mahu memperkatakan orang, berkatalah asalkan jangan sampai mengumpat
-kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat
sepertinya

Maka, hidup bersederhana akan memastikan anda tak akan miskin selama-lamanya. Bersederhanalah dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.

~Majalah Tempatan

Why There Are Friends~ Kristy G.


Bcoz…they understand juz by looking into ur smile..
Bcoz…they finish ur sentences & know what u like..
Bcoz…they know u better than u know urself
Bcoz…with them u aren’t afraid to be urself
Bcoz…u can say something stupid or xpose ur deepest secrets to them
Bcoz…u don’t need to do something special to have fun..fun just happens
Bcoz…u don’t need to explain anything..they just know
Bcoz…they tell u the truth, no matter how much u’d rather not hear it.
Bcoz…they would do anything for u & get u out of trouble
Bcoz…they make u laugh harder than anyone
Bcoz…they r not afraid to put themselves on the line for u
Bcoz…u can trust them
Bcoz…they believe in ur dreams,no matter how silly they may seem
Bcoz…they dry ur tears
Bcoz…u r gud enough when u r with them
Bcoz…they love u for who u really r


sources: Chicken Soup ForLove Tenage

persahabatan!!


orang cakap persahabatan lebih utama dari kekasih tapi bila kita mengenal kekasih.. persahabatan yang berpuluh tahun pun musnah gara2 kekasih... 24jam melayan kekasih tapi persahabatn tiada masanya...berjalan dengan shabat tapi melayan karenah dengan kekasih wlaupn sahabat di dpan mata..apa ka persahabatan nie?.. silap ari bulan..bla kekasih xda..curang, bergado..mcm2 lagi..siapaka yang akan melayan kesedihan kita, kekecewaan kita, kesunyian kita... SAHABAT juga..tapi bla kembali ada kekasih baru..sahabat dlupakan semula...

kenapa kita menjadi bgini..kenapa kita langsung xmenghargai sahabat!!


dlu ms kita blum da kekasih...shbt adalah tpentng..sehidup semati la..takkan lupala..apa la.. semua jnji manis..tapi bla mengenal apatu cinta apa tu kekasih...semua da lupa.. hingga pergantungan pn sma kekasih.. dlu, kalau lepak..cerita ttg khabar la, ttg pkembangan la.. tapi bla ada kekasih...depan kita pn cerita ttg kekasih jak..tapi yang bestnya shbt...shbt sejati tak pernah merungut pn segala coleteh shbtnya...shbt sejati xpernah..tapi bla kita bercoleteh ttg shbt dpn kekasih..pasti akn cakap.."kau berjln dgn aku ka atau ko bjalan dgn kwn ko tue"....


kalau ada kekasih..nak knalkn kwn pn takut sebab nanti kna kebas kwn sndiri..mmg da kwn kebas kekasih kwn tapi lihat dgn siapa kita berkwn dlu kan!!!!bagi ku.. biarla ku xda kekasih sampai skrg..tapi pie mesti ada shbt..shbt penting sebab shbt adalah hamba ALLAH diciptakan kepadaku utk melaui hidup nie yang pnuh ranjau...tentu korang akan cakap...ala ko blum rasa cinta lagi..memg ko ckap mcm tu..tapi...insya ALLAh..pie tetap akan pendirian y pie akan seimbangkan shbt dgn kekasih...kalau jodoh xkan kemana..kalau kita knalkn pun sm kwn kita..kalau jdoh kita, xkan ke mana juak tu kan!!!


sahabat...terima kasih kerana mewarnai hidup sepi ku !!!!

Harapan & Penerimaan ~ sekadar renungan !!!


Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia
Semula ke dalam air begitu sahaja
Kerana ia akan sakit oleh kerana
Bisanya ketajaman mata kailmu dan..
Mungkin ia akan menderita selagi masih hidup

Begitulah juga…
Setelah kamu memberi banyak penghargaan kepada seseorang
Setelah ia mulai menyayangi hendaklah kamu menjaga hatinya
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
Selagi dia mengingatimu..

Jika kamu menadah air, biarlah berpada
Janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan
Janganlah menganggap ia begitu teguh
Cukuolah sekadar keperluanmu
Apabila sekali ia retak,
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang..
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
Mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
Terimalah seadanya..
Janganlah kamu terlalu menggaguminya dan…
Janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa..
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya
Sedangkan jika kamu memaafkannya,
Boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
Yang kamu pasti bsik untuk dirimu
Mengenyangkan..berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah..cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan..
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya
Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insane
Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu..mengasihimu
Mengapa kamu berlengah,
Cuba membandingkannya dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak, kamu akan kehilangannya
Apabila dia mejadi milik orang lain,,,

Renung-renungkanla

Doa Disayangi


“Allahumma Hassanta Khalki Fahassin Khuluki Wajalni Mahbuban Fi Qulubinnas Wa Zai Yini Bil Akhlaaki Hasanaati Wal Hilmi”

Maksudnya: “Ya ALLAH, elokkanlah aku sebagaimana eloknya ciptaan-Mu, jadikanlah aku dicintai oleh tiap hati didada manusia dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan dikelilingi kasih sayang”

Doa Seorang Kekasih


Oh.. Tuhan..
Seandainya Telah Kau Catatkan...
Dia Milik Ku Tercipta Untuk Diriku...
Satukanlah Hatinya Dengan Hatiku...
Titipkanlah Kebahgiaan…

c/o Ya Allah..
Ku Mohon Apa Yang Telah Kau Takdirkan
Kuharap Dia Adalah Yang Terbaik Buatku
Kerana Engkau Tahu Segala Isi Hatiku..
Pelihara Daku Dari Kemurkaan Mu…

Ya Tuhanku…
Yang Maha Pemurah..
Beri Kekuatan Jua Harapan..
Membina Diri Yang Lesu Tak Bermaya..
Semaikan Setulus Kasih Di Jiwa…

Ku Pasrah KepadaMu...
Kurniakanlah aku...
Pasangan Yang Beriman...
Bisa Menemani aku...
Supaya Ku Dan Dia
Dapat Melayar Bahtera
Ke Muara Cinta Yang Engkau Redhai...
Ya Allah….

Oh... Tuhan...
Seandai Dia Milik Ku Satukanlah…

Ulang c/o * & **

** Ya Tuhanku...
Yang Maha Pengasih
Engkau Sahaja Pemeliharaku…
Dengarkan Rintihan...
HambaMu Ini...
Jangan Engkau Biarkan Ku Sendiri…

Agar Ku Bisa Bahgia…
Walau Tanpa Bersamanya...
Gantikanlah Yang Hilang...
Tumbuhkan Yang Telah Patah...
Ku Inginkan Bahgia...
Di Dunia & Akhirat...
PadaMu Tuhan Ku Mohon...
Segala….

Rintihan CintaMu, Cintaku


Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allahu Rabbi…aku meminta izin…
Bila suatu saat aku jatuh cinta...
Jangan biarkan cintaku berkurang…
Hingga membuatku lalai...
Akan adanya engkau…

Allahu Rabbi…aku punya pinta
Bila sauatu saat aku jatuh cinta…
Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMu
Yang tidak terbats…biar rasaku padaMu tetap utuh…

Allahu Rabbi…izinkan..
Bila suatu saat aku jatuh cinta…
Pertemukanlah kami...
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cintaMu

Allahu Rabbii…
Pintaku yang terakhir…
Seandainya aku jatuh hati…
Jangan pernak Kau palingkan wajahMu dariku
Anugerahkanlah aku cintaMu...
Cinta yang tak pernah pupus..oleh waktu ….

Amin…

Wednesday, June 23, 2010

10 Tips Nak Pikat Lelaki Bujang

1) Sentiasa Tersenyum & Jangan Bersikap Sombong Apabila Berinteraksi Dengan
Mereka
2) Pandai Memasak Adalah Ciri² Utama Mengapa Lelaki Mudah Terpikat Dengan Anda
3) Berperwatakan Menarik Mampu Menarik Perhatian Mereka
4) Jujur & Sentiasa Merendah Diri
5) Lakukan Apa Yang Dia Suka & jangan Lakukan Apa Yang Dia Tak Suka
6) Mempunyai Bentuk Badan Yang Menarik (Terpulang Pada Individu)
7) Mempunyai Tingkah Laku Yang Baik & Lemah Lembut
8) Pandai Dalam Memainkan Peranan Sebagai Seorang Wanita Ketika Berada Di
Samping Lelaki Yang Anda Minati
9) Jangan Terlalu Mengongkong
10) Ketika Berinteraksi Dengan mereka Jangan Lupa Gunakan Bahasa Tubuh Yang
anda Ketahui Seperti Mata & Tangan

cinta o cinta

Ada ketikanya kita perlu rasional dgn diri kita sendiri. Apabila org sudah menyatakan rasa menyampahnya pd kita, itulah masanya untuk kita melangkah pergi. Kita boleh bertahan pd rasa kita, ttp perlu juga sedar rasa dia pada kita. Setelah dia menyatakan betapa dia tidak memerlukan kita lagi dlm hidupnya, itulah masanya untuk melangkah pergi.
Anda boleh bertahan pd cinta agung, ttp kecintaan agung tiada ertinya tanpa penyambut. Cinta agung itu bermaksud 2 insan satu rasa. Anda mencintainya & dia juga mencintai anda. Saling memerlukan, saling memahami, saling memberi & menerima, saling mngerti dan saling rasa diperlukan.
Itulah CINTA.Tanpa detik2 spt ini ia bukanlah cinta. Usah keliru dgn perhatian yg diberikan. Itu biasa. Cinta berbeza & ia berkait soal hati. Apabila cinta telah berputik & ia ada rasa yg sukar diungkap, sukar dimengerti & sukar dikembalikan kpd asal & ia bersambut. Jika tidak bersambut ia bukan cinta tapi sekadar rasa.
Rasa dirasai oleh semua org. Para peminat artis mempunyai satu rasa tp bukanlah cinta. Maka itu, para peminat masih terkawal & memuja dr jauh. Meskipun tanpa sambutan mereka tetap meminati. Berbeza dgn cinta, apabila tidak bersambut ia sangat menyakitkan.
Dgn rasa maka terbetiklah rasa sayang antara seseorang dgn seseorang. Itu pun belumlah cinta namanya. Cinta adalah langkah terakhir dlm rentetan perasaan. Selagi belum mendpt maklum balas yg boleh diistilah sebagai mukadimah cinta, usahlah membina gunung cinta di hati, kelak anda kecewa melihat dia hanyalah rasa sedangkan anda telah cinta.
Kita boleh ada rasa pd sesiapa saja. Ia biasa pd semua org. Jika anda seorg pelajar & ada rasa pd guru atau pensyarah. Itu biasa & bukanlah salah. Anda boleh ada rasa pd perdana menteri, ia bukanlah pelik sbb kita mmg mudah mempunyai rasa pd sesiapa yg kita kagumi.
Anda perlu lakukan sesuatu utk mengetahui apakah rasa yg ada rasa juga rasa yg dia rasa. Jika anda tiba2 berasa rindu lalu menghantar SMS, tidak lama kemudian anda mendpt balasan, itu mungkin menggambarkan ada rasa yg sama2 berputik. Anda boleh teruskan utk menguji , tp awas kadang2 anda akan teruji & teruja. Proses hingga cinta dpt disemai adalah satu proses yg pjg & berliku. Kadang2 ia berduri & tajam bagai sembilu. Sebelum satu2 cinta dpt dinikmati bersama, anda akan berdepan dgn pelbagai cabaran. Mmglah, kadang2 sesuatu yg manis di hujungnya cukup pahit pd awalnya.
Beruntunglah org yg dpt membina cinta pd pandangan pertama. Mereka adalah org yg sgt bertuah sbb cinta bukanlah suatu benda tp perasaan penuh ilusi, tersembunyi di balik kata2, tindakan & pendirian. Jika anda mendpt cinta tanpa perlu bersusah payah ketahuilah jambatan anda mungkin lurus & pendek. Ada org jambatan cintanya pjg & berliku serta byk lubang. Dia selalu terjerumus sebelum sampai ke penghujung.
Jika anda ada rasa & mahu ia berakhir sebagai cinta, maka duga, uji, ramal & buat persepsi hingga anda yakin rasa itu turut dimilikinya. Jika anda merasakan rasa itu turut ada di hatinya, maka terus pupuk hingga timbul sayang & cinta. Jika anda ragu2, kurang percaya & sekali sekala teruja & teruji, maka serahkan kpd Tuhan yg mampu mengubah hati. Lakukan sembahyang hajat & mohon ALLAH letakkan hati anda di hatinya. Niatkan untuk ke jinjang pelamin & berdoalah selalu,
"Ya Allah, andainya dia baik utk aku demi duniaku & akhiratku, maka satukanlah kami dlm istilah cinta yg akan berakhir dlm perkahwinan, andainya dia tidak baik utk aku demi duniaku & akhiratku, maka pisahkanlah kami dlm istilah persahabatan & persaudaraan Islam"
Selamat bercinta utk cemerlang bukan bercinta utk temberang & tembelang.

Tips untuk gadis desa & kota

-JGN MUDAH TERPEDAYA DGN LELAKI SAMA DA KENAL ATAU TIDAK!!!
-AWAS,JGN TERTIPU DGN JANJI² LELAKI
*PERCAYA PADA PERBUATANYA BUKAN MELALUI KATA²
-JAGA KEHORMATAN DAN HARGA DIRI.
*JGN SERAHKAN KEHORMATAN ANDA ATAS NAMA CINTA.CINTA LELAKI AKAN PUDAR SETELAH MENDAPAT KEHORMATAN ANDA!!!!
-KEHORMATANANDA KHAS UNTUK LELAKI YANG DIGELAR SUAMI YANG SAH
-JGN MENCABAR ORG LELAKI UNTUK MELAKUKAN SESUATU DI LUAR JANGKAAN ANDA.!!!
* MEREKA LEBIH BERANI DARI APA YANG ANDA SANGKAKAN!!!!
-TOLAKAJAKAN BF ANDA DGN BAIK APABILA DIA MENGAJAK ANDA MENIDURINYA.!!!
*INGATKAN DIRINYA PADA HUKUMAN ALLAH DAN KESUCIAN CINTA YG ANDA MILIKI!!!!
-MESTI BERJALAN DGN KAWAN PEREMPUAN.
*ELAKKAN BEJALAN SEORANG DIRI!!!! JIKA INGIN BERJALAN DGN KEKASIH wajib MEMBAWA MAHRAM!!!
-HINDARI PERBUATAN MAKSIAT SEPERTI BERPELUKKAN,BERCUMBUAN ATAUPUN MERABA-RABA KEKASIH ANDA!!! MALULAH KPD ORANG DI SEKELILING ANDA..
*INGATLAH ALLAH SWT MAHA MELIHAT DAN MENGETAHUI AKAN APA YANG ANDA KERJAKAN!!!!
-IKUT PERINTAH ALLAH, JGN BERDUA² DGN KEKASIH ANDA DI TEMPAT SUNYI.
*MAKLUKYG KE-3 ADALAH SYAITAN YANG DI LAKNAT SENTIASA MENGODA ANDA!!!!!
-USAH RASA BANGGA DGN PERBUATAN MENAYANG-NAYANG KEKASIH ANDA KE
SANA KE MARI!!!
-RASA BANGGA TERHADAP CINTA SEPATUTNYA DI NIKMATI APABILA ANDA BERJAYA MEMBAWAKEKASIH KE JINJANG PERKAHWINAN TANPA SEBARANG DOSA DAN NODA…SEGALA-GALANYABAIK,SUCI & INDAH!!!
-MENDAPAT RESTU IBU BAPA & 4JJl SWT!!!!

Tips Bercinta Dengan Allah SWT

~sentiasa mengutamakan urusan ALLAH SWT dalam setiap perkara contohnya mendirikan solat di awal waktu
~sentiasa memikirkan & mengingati ALLAH SWT di mana sahaja
~sentiasa bersangka baik dengan ALLAH SWT
~berusaha mendapatkan khusyuk dalam solat
~berusaha untuk memahami & menghayati ayat² suci AL-QURAN
~berbuat kebaikan dalam setiap kesempatan yang ada
~jgn sangka cinta ALLAH SWT tidak boleh di capai. Sentiasalahberbaik sangka kepada-NYA
-hindari perbuatan jahat & akhlak yg buruk
fahami hakikat bahawa segala jenis cinta bersifat fana(akanbinasa) tetapi CINTA KEPADA ALLAH SWT bersifat BAQA(kekal selamanya)

gila bola...

hurmm macam2 orang macam2 juga kegilaanya...salah satunya gila bola..pie nie bukan la dkira gila bola tapi boleh2 la...setakat bersengkang mata jam2 pagi sampai jam4 lebih..kira gila juga tu kerna besuk kan kerja.. nah abesla..slau ngantok d tempt kerja..fuhhhh nasib baik pie cuma minat gler dgn spain jak..kalau 2,3team..mati gak..abes kejelitaan ku bulan nie... muka pun mcm jerankung siang..mata mcm panda pla...mcm2 jadinya bila kita menjadi gla pada sesuatu benda kan!!!sekarang nie pla bukan gla bola jak gila fb pun pa kurangnya... sampai pagi juga mainnya.. kalau dtanya pa gnanya fb..erk...mcm2 ada heeee mcm astro pla.. ada tu orang sampai berenti kerja mata2 nak tonton bola full time..korang pki ada orang mcm tu..sebenarnya ada....gara2 gila bola..sanggup berenti keje..minta keluarga tanggung hidupnya...hurmm mcm2 ada...
gara2 bola gak ada yang sanggup tidur 2-3 jam jak..fuhhh kalu begini bisa jadi pontianak siang nie..siang2 mata kuyu...ada tu solat ntah ke mana...dok tdor jak siang tapi malam sanggup berjaga bukan solat tahajud pun tapi nak tengok bola..kot eya pun minat bola..kna seimbangkan juak dgn hal akhirat kan!!! mengata orang, sendiri??? itulah yang akan manusia jawab bila ditegur..hur,mmmm bola-bola... <3...

semoga kita gila menyeimbangkan antara dunia & akhirat!!!

salam ukhwah!!!

siapa aku????


namaku Sitti Fairuz Binti Taup dan ble juga panggil nama ku pie. hari ini adalah permulaanku untuk menulis blog. untuk apa pie tulis blog nie..bukan setakat suka-suka tapi sekadar berkongsi ilmu..korang tentu pikir pie banyak ilmu tapi adalah....ilmu untuk dikongsi kepada semua teman-teman sekalian.kerana pie paling suka membaca buku sama ada novel ka, majalah ka atau apa-apa pun..jadi pie terpikir juak dari pie mencatat ilmu yang ku baca melalui kitab ku tu..baik pie menulis blog agar blog ku boleh jadi tatapan untuk semua yang malas membaca buku tebal2..pie ambil yang penting jak dalam setiap majalah atau buku-buku yang dibaca...bukan nak mengambil untung tapi setakat berkongsi..berkongsi pemikiran..sebab tu la blog nie bernama MATAKU, JIWAKU, HATIKU, OTAKKU....jadi apa yang pie nampak guna mata,guna jiwa, guna hati atau pun guna otak akan pie kongsikan pada blog ni...diharap blog nie memberi seribu manfaat pada semua teman-teman sekalian ya...baca-baca tu janganla lupa komen pla ya.. kerjasama anda amatla pie hargai..




akhir sekali....




yang baik tu datang dari ALLAH SWT...


yang buruk tu datang dari piesendiri....




salam sayang ukhwah!!!!!