Sunday, January 9, 2011

apa itu Takaful????? Orang Islam Wajib Taw tu :)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca weblog eTiQA Takaful Berhad. Pada hari ini, saya terfikir untuk menulis serba sedikit mengenai 'Takaful'.

Salah satu soalan yang sering dikemukakan oleh pembaca budiman samada orang Islam dibenarkan mengambil pelan insurans konvensional atau sebaliknya?Persoalan ini timbul kerana ramai yang keliru di antara insurans dan takaful.

Persoalan ini sememangnya satu topik panas dan telah menyebabkan banyak perdebatan berlaku di kalangan wakil insurans & takaful, dan di kalangan masyarakat sendiri. Malahan ada sesetengah wakil Takaful yang begitu beriya-iya menyatakan kononnya insurans & takaful itu berbeza, tetapi sebaliknya ejen dari insurans pula menafikannya.

Bagi menjawab persoalan di atas , anda bukan sahaja perlu mendalami dan mengkaji ilmu insurans itu sendiri, malah anda sendiri sepatutnya perlu mengkaji asal-usul takaful dan memahami konsep takaful itu sendiri tanpa membuat perbandingan dgn mana-mana syarikat insurans mahupun di kalangan syarikat takaful itu sendiri. Apa yang ketara saya lihat di sini adalah pendekatan yang digunakan oleh syarikat masing-masing di samping pelan mereka yang sudah tentunya berbeza.

Ada sesetengah pihak yang mendakwa, ramai di kalangan wakil takaful (part time) yang hanya terikut-ikut kata dari ejen-ejen lain, sedangkan mereka tidak mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang ini. Dakwaan ini walaupun ada benarnya, tetapi seharusnya tidak patut ditujukan kepada umum. Ianya hanya relevan kepada segelintir individu.

Saya secara 'personal', merasakan bahawa produk yang ditawarkan oleh kedua-dua syarikat insurans dan takaful adalah sama(hanya sedikit persamaan jika ada). Sememangnya kedua-dua syarikat ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia, apatah lagi kami di eTiQa bernaung di bawah jenama yang sama.Tetapi, itu tidak bermakna marketing plan kami adalah sama. Di eTiQa sendiri, terdapat 2 syarikat yang dikenali dengan eTiQa Insurans & eTiQa Takaful. Bagi yang mengikuti perkembangan kami, tentunya anda tahu membezakan antara keduanya di mana syarikateTiQa Insurans dahulunya dikenali sebagai MNI, manakala eTiQa Takafuldikenali sebagai Takaful Nasional Berhad. 

Saya tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai syarikat insurans kerana pasti ada yang akan mempertikaikan 'ilmu' saya dalam bidang berkenaan. Jadi , saya memilih untuk berkongsi kepada anda semua akan Definisi & Konsep Takaful supaya anda dapat membezakan akan kedua-duanya.

Definisi Takaful

Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan "Takaful" ialah 'kafala'yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana "Takaful" merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'takafala', maka ianya juga bererti ' saling menjamin, menjaga atau memelihara'.

Menurut Akta Takaful 1984, "Takaful" ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Secara amnya, Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Cuma di sini, syarikat Takaful yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia, akan dikawalselia oleh Badan syariah supaya ditadbir mengikut syariat Islam. Untuk memastikan syarikat takaful anda telah tersenarai dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh semak ke laman List of Takaful Operator.

Konsep Asas Takaful

Konsep Takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.

1. Al-Qasamah

Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam qisas. Menurut jumhur ulama', apabila berlaku satu pembunuhan tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima pulah orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.

2. Aqilah

Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.

3. Tabarru'

Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.

Di dalam industri Takaful, At-Tabarru' yang diperkenalkan ialah Tabarru' (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru' demi memastikan tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepda semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi.

Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

4. Al-Wakalah

Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili.
Al -Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil utuk menegur dan menjaga sesuatu perkara.

Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.

Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai ejen kepada peserta , tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

5. Mudharabah

Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) Bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk bertujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan dan pembahagian keuntungan.

Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.

from: Ms Ally

Keperluan Insurans(Takaful) Dalam Kehidupan


Berdasarkan kepada kajian yg dibuat oleh Life Insurance Malaysia Research Association (LIMRA), sepanjang hayat manusia, seseorang itu memerlukan sebanyak 7 polisi sepanjang hayatnya. Ia meliputi aspek untuk perlindungan, kesihatan, pelaburan, pendidikan dan juga simpanan.Populasi yang mempunyai perlindungan insurans di Malaysia hanya 25% daripada 26 juta rakyatnya (yang kebanyakan dari kaum bukan-bumiputra).

Berdasarkan jumlah ini, boleh dikatakan kesedaran terhadap keperluan serta kepentingan insurans/takaful di Malaysia masih rendah. Di Singapura sebanyak 100% yang memiliki polisi, secara purata 1 orang 1 polisi dan Jepun sebanyak 150%, iaitu 1 orang memiliki lebih daripada satu polisi.Bagi muslim, ulama telah menghasilkan takaful sebagai alternatif untuk insurans konvensional. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak halal dalam insurans.
Al-Takaful adalah dari perkataan Arab Kafala yg bermaksud UNTUK MEMBANTU atau MENJAMIN. Maka ETIQA TAKAFUL BERHAD adalah hasil usaha-sama dengan MAYBANK BERHAD.

Wednesday, December 29, 2010

Wanita yang ku ingini

wanita seperti bunga
Bermulanya tahun baru 2011..melangkah setapak lg kita untuk menjadi lebih matang...ape azam kita hari nie ya... bgini la pie nak kongsi azam pie hari nie... :) azam pie tahun 2011 adalah:

1) menjadi wanita yang solehah..untuk mendapat jodoh yang soleh,,kita kena jadi solehah dulu :)
2) menjadi perunding takaful yang berjaya...
3) menjadi manusia yang peramah & keep smiling
4) nak jadi manusia yang di sukai ramai
5) mengurus kewangan lebih bijak
6) menghargai org yang kita sayang & menyayangi kita...seperti ibubapa & kawan2
7) menjadi orang yang lebih baik dari sehari ke sehari...

YANG PENTING, PIE NAK JADI ORANG YANG DISUKAI ALLAH SWT.. :)

Saturday, December 18, 2010

S.O.L.A.T

solat tiang agama kita



Surah Al-Munaafiquun
Ayat : 9   
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta   benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. 
Ayat : 11   
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. 

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT  , ia adalah WAJIB   : 
Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya   sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! 
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib? 
Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. 
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). 
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. 
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. 
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja..... 
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah... 
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. 
Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja. 
Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. 
Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata. 

7 Kalimat Penting

Bukan Bulan Ramadhan Saja!!!

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh
kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "  

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
  musibah.

7. Mengucap La ilaha illa


"Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari
lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah
biasa "

7 Kalimat Penting

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh
kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "  
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
  musibah.

7. Mengucap La ilaha illa
"Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari
lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah
biasa "

Monday, November 22, 2010

Persoalan Jodohnya Lewat

Terlalu Mencari Sempurna?

Ada 6 faktor mengapa masih tidak bertemu jodoh.
Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:


Usaha Belum Sempurna

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

Belum Benar-benar Bersedia

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

Tiada Daya Penarik

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

Doa Tidak Makbul

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

Restu Ibu Bapa Belum Total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

Faktor Metafizikal

“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

(Koleksi ANIS / oleh zakaria sungib / dan juga ihsan Telaga Biru Sdn. Bhd. : VCD Forum Petua Mencari Jodoh di Bandar Baru Bangi)