Monday, September 17, 2012

Judi Musuh No1



Akhbar sudah mula memainkan peranan betapa judi ketika ini menjadi barah yang semakin hilang kawalan di kalangan umat Islam khususnya orang Melayu. Pemimpin negara, pihak berkuasa bila lagi hendak bertindak secara terancang dan bersepadu agar memenuhi pencapaian NKRA yang telah ditetapkan, sekiranya ada? Akhbar berbahasa Melayu juga , haruslah reti bahasa dengan tidak menyiarkan lagi iklan keputusan judi dan apa-apa yang berkaitan dengannya.

Ketagih selepas menang RM300
25 Ogos 2012 - “SAYA mula bermain judi roulette sejak awal tahun lalu selepas mengikut rakan ke pusat siber. Pada mulanya saya ingat dia mahu saya menemaninya melayari Internet. Bagaimanapun, saya terkejut sebaik melangkah masuk ke kafe siber itu kerana di dalamnya memang ada komputer tetapi semuanya untuk tujuan berjudi dengan menawarkan permainan berlainan. Rakan mengesyorkan saya mencuba judi roulette dan percubaan pertama menyebabkan saya habis RM50. Tidak puas hati, saya kembali ke pusat siber itu keesokannya dan bertuah apabila menang lebih RM300 dengan hanya bermodalkan RM30.

Melayu gila judi ‘on-line’
25 Ogos 2012 - Sebelum 2009, majoriti tahi judi gilakan ‘mesin kuda’ yang menawarkan pertaruhan meneka urutan kuda pertama dan kedua sampai di garisan penamat dalam setiap perlumbaan. Semua enam kuda bernombor dan berlari hanya ilustrasi grafik di atas skrin komputer. Bagaimanapun, keuntungan diraih jika menang dikatakan kurang lumayan. Cita rasa kini berubah, begitu juga teknologi. Kini perjudian ‘on-line’ pilihan mereka, terutama Melayu.

Ibu bapa perlu awasi kegiatan anak-anak elak terjebak pertaruhan siber
25 Ogos 2012 - “Kebanyakan pusat judi siber menawarkan pertaruhan serendah RM1. Jadi remaja terbabit berjudi secara kecil-kecilan antara RM5 hingga RM10. “Walaupun ada ketikanya mereka menang, kekerapan itu terlalu sedikit dan tanpa sedar, mereka sudah berbelanja ribuan ringgit,” katanya.


Mencari Si Soleh & Solehah



••► Sejumlah lelaki bertanya masih adakah wanita solehah di zaman ini?

••► Sejumlah wanita bertanya masih adakah lelaki soleh di era ini?

~► Kenapa tidak bertanya sudahkah diri ini berusaha menjadi soleh dan 
solehah?

»» Kerana jika kita sudah berusaha menjadi soleh dan solehah, maka kita akan
 yakin yang soleh dan solehah itu masih wujud. Dan akan menjadi masih ramai
 lelaki soleh dan wanita solehah jika setiap dari kita terhitung menjadi salah
 satunya ツ INSYAALLAH....:")

Tempat Tercantik

MasyaAllah! Ini lah tempat PALING CANTIK di dunia dan kini bakal dikunjungi berjuta2 manusia pilihan Allah SWT.. 

Monolog HATI...



HATI yang di dalam KESAKITAN,
..kita TAMPAL dengan KETABAHAN pengubat DIRI..
HATI yang di dalam PENGKHIANATAN & TOHMAHAN,
..kita TAMPAL dengan KESABARAN pengawal EMOSI..
HATI yang di dalam KETAKUTAN,
..kita TAMPAL dengan KETAQWAAN pendinding DIRI..
HATI yang di dalam KERAGUAN,
..kita TAMPAL dengan KEYAKINAN petunjuk ALLAHuRABBI..
HATI yang di dalam KEKECEWAAN,
..kita TAMPAL dengan KEPASRAHAN mencari redha ILAHI..

Sesungguhnya DUHAI HATI ~
Apa jua RINTANGAN dan DUGAAN yang hadir mencalar balar ~
Adalah UJIAN sepanjang KEHIDUPAN ~
Maka TABAH, SABAR, TAQWA, YAKIN dan PASRAH mendepani jalan ~

Belanja kahwin MAHAL.....


Belanja kahwin mahal punca ramai pemuda Melayu berhutang.

16 Sept 2012 - “Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar” menurut Hadzrien. Amran (bukan nama sebenar), berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa, Kuala Lumpur, baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu. Tetapi, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh “Ah Long”.

“Saya tidak ada banyak pilihan,” jelas Amran yang merupakan seorang penyelia kilang di Petaling Jaya dan hanya memperoleh gaji RM1,500 sebulan.

“Tiap-tiap bulan saya terpaksa menghabiskan lebih dari separuh gaji saya hanya untuk membayar hutang.

“Puncanya, keluarga sebelah isteri saya meletakkan hantaran sebanyak RM12,000 kerana isteri saya seorang graduan diploma di universiti tempatan, dan termasuk belanja kahwin dan kenduri, semuanya berjumlah RM25,000.

“Jadi, dengan pendapatan saya yang berjumlah RM1,500, tolak bayaran sewa rumah dan ansuran kereta lagi, saya tidak mampu untuk menanggung hutang sebegini.”

Dalam adat perkahwinan Melayu-Islam di Malaysia, terdapat dua jenis hantaran, iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan.

Mas kahwin, juga dikenali sebagai “wang belanja tubuh”, telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam peringkat negeri, berbeza dengan hantaran perkahwinan.

Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban untuk membayarnya.

“Hantaran perkahwinan inilah yang membebankan orang ramai dari perkahwinan,” menurut Azri Mukhris, 27 tahun, seorang yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Kata Azri, beliau dan pasangannya terpaksa mengikat perut sejak tahun lalu bagi memastikan mereka dapat berkahwin sebelum hujung tahun ini.

Ini kerana tekanan masyarakat itu sendiri menyebabkan ahli keluarga terpaksa meletakkan harga sedemikian.
“Semasa upacara merisik, kami membincangkan tentang harga hantaran, memandangkan pasangan saya merupakan seorang graduan ijazah sains, maka harganya lebih tinggi.

“Jadi sebab itu, mahu tidak mahu, saya perlu menyimpan agar dapat menyempurnakan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.”

Bila ditanya berapa harga hantaran perkahwinan, Azri enggan memberi jumlah keseluruhannya.

“Apabila berkahwin ni, banyak komitmen yang perlu diberikan, antaranya perlu membayar hutang membeli rumah, membeli kereta, kemudian pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan, dan beberapa tahun lagi apabila sudah mempunyai anak, kena membeli persiapan untuk kelahiran anak pula.

“Itu belum lagi bila anak itu sudah membesar dan sudah mula bersekolah,” kata Azri lagi.

Pasangan yang berkahwin di ibu kota setiap tahun dianggarkan 20,000 orang dengan kira-kira 10,000 orang adalah golongan muda.

Tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu berkenaan.

“Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah,” katanya.

Hadzrien (bukan nama sebenar), 26 tahun, bercerai dengan isterinya yang tiga tahun lebih muda berkata, masalah kewangan adalah punca perceraian dia dan isterinya.

“Saya telah berkahwin dengan bekas isteri saya setahun yang lalu, tetapi oleh kerana belanja perkahwinan yang tinggi, disamping masalah kewangan serta pinjaman bank terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa bercerai dengannya.

“Saya telah cuba berjimat cermat, tetapi tuntutan kehidupan di kota yang mahu perbelanjaan yang tinggi menyebabkan saya tidak mampu untuk menanggung isteri saya lagi, lalu kami membuat keputusan untuk bercerai,” kata Hadzrien lagi.

Katanya, pinjamannya yang berjumlah hampir RM20,000 itu terlalu sukar untuk dibayar, hinggakan dia terpaksa menjual kereta Proton Satrianya.

“Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar.

“Perkahwinan sepatutnya menjadi masa yang terindah, tetapi kerana pinjaman serta kadar bunga tinggi, kerana hantaran perkahwinan yang tinggi menyebabkan ia menjadi azab dalam hidup saya,” kata Hadzrien lagi.

p/s: Carta jumlah wang hantaran mengikut taraf pendidikan di Malaysia. Nak ikut boleh, tidak mahu ikut pun boleh. Seeloknya ikutlah kemampuan sahaja. Tidak perlu ikut orang.

Sunday, September 16, 2012

Majlis Ilmu...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.

ADAB-ADAB SEMASA BERADA DALAM MAJLIS ILMU

1. Berwudhuk.

2. Solat sunat 2 rakaat sebelum majlis (dengan harapan ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan memudahkan kita untuk memahami, mengingati, mengamalkan dan menyampaikan)

3. Pakaian bersih dan menutup aurat.

4. Memakai wangi-wangian.

5. Pandang wajah guru yang mengajar. Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai sabdaan-sabdaan Rasulullah SAW yang datang dari mulut baginda sendiri.

6. Mendengar dengan penuh konsentrasi. Ketika para Sahabat ra duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka tumpukan sepenuh perhatian hinggakan mereka tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepala mereka.

7. Anggaplah firman2 ALLAH dan hadis yang kita dengar itu seolah-olah inilah kali pertama kita mendengarkannya.

8. Duduk rapat-rapat (supaya syaitan tidak mencelah di antara kita dan supaya
ALLAH SWT satukan hati kita dan wujudkan sifat kasih sayang di antara kita). Ketika para Sahabat ra duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka duduk rapat-rapat hinggakan daun yang gugur dari pokok tidak jatuh ke tanah, tetapi jatuh ke riba dan bahu mereka.

9. Sebaik-baiknya duduk dalam posisi tahiyat awal dan kalau boleh, lutut kita bertemu dengan lutut si pembaca ta'alim. Kalau penat duduk tahiyat awal, bolehlah berubah kepada posisi tahiyat akhir. Kalau tidak mampu juga, bolehlah duduk bersila. (Cara duduk beginilah yang ditunjukkan oleh Malaikat Jibril AS ketika dia datang kepada Rasulullah SAW dan mengajukan beberapa soalan kepada Baginda, dengan disaksikan oleh para Sahabat.)

10. Apabila disebut nama ALLAH, kita sambut dengan Allahu azza wajalla atau Allahu Jalla Jallaluhu atau Subhanallah.

11. Apabila disebut nama Rasulullah SAW, hendaklah kita berselawat ke atas Baginda. (Malaikat melaknat orang yang tidak berselawat bila nama Baginda disebut)

12. Bila disebut nama para Sahabat atau Sahabiah, kita sambut dengan RadhiAllahu Anhu / Anha.

13. Bila disebut nama orang-orang alim (seperti tabi'en, imam-imam besar dan sebagainya), kita sambut dengan Rahmatullah Alaih.

14. Bila disebut nama musuh-musuh ALLAH (seperti Iblis, Fir'aun, Namrud, Abu Lahab dan sebagainya), kita dibolehkan menyambut dengan Laknatullah Alaih.

15. Rasa gembira bila disebut tentang syurga dan takut bila disebut tentang neraka. (Kalau tak boleh, cuba latih diri)

16. Jangan mengganggu perjalanan majlis (seperti berbual-bual atau bersalam-salam bila datang lewat)

17. Menghadiri majlis ilmu adalah lebih baik daripada melakukan ibadat-ibadat sunat yang dilakukan bersendirian. Seandainya kita datang ke masjid dan mendapati majlis ilmu sedang berlangsung, kita digalakkan supaya duduk dalam majlis ilmu dan menggantikan solat tahiyatul masjid dengan zikir "Subhanallah Walhamdulillah Wa lah Ilaha Ilallah Wallahu Akbar" 3 kali.

18. Ta'azeem bil Qalbi (Memuliakan dan membesarkan majlis di dalam hati)

19. Tashdiq wa Yaqin (Membenarkan dan meyakini akan segala yang didengar)

20. Tabligh wa Amal (Mempunyai niat untuk menyampaikan dan mengamalkannya)

21. Off atau silent kan telefon bimbit.

APABILA KITA MENUNAIKAN HAK MENDENGAR, ALLAH AKAN MEMUDAHKAN 3 PERKARA :
1. ALLAH mudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.
2. ALLAH mudahkan kita untuk memahami apa yang kita dengar.
3. ALLAH mudahkan kita untuk bercakap tentang ilmu tadi bila diperlukan.


AGAMA ITU NASIHAT
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Agama itu adalah nasihat. Kami berkata : Untuk siapa? Baginda bersabda : Untuk ALLAH, untuk kitabNYA, untuk RasulNYA, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.” (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

UBAT HATI
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas ra : “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadah ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada ALLAH ( beribadah ) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

KATA-KATA LUQMAN AL HAKIM MENGENAI MAJLIS ILMU.
“Wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama (orang-orang yang soleh) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya ALLAH SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana ALLAH SWT menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.

♥ ﷲ ♥

~ 1 Zulkaedah 1433H ~






Sunday, January 15, 2012

Hadis Mengenai Menjaga Lidah

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.

Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Muaz bin Jabal melaporkan, katanya, “Saya berkata, “Wahai utusan Allah, Beritahulah kepada saya amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga & menjauhkan saya daripada api neraka.”

Jawab Rasulullah, “Saudara bertanya tentang perkara yang penting, tetapi amalan itu amat mudah bagi orang yang dipermudahkan Allah melakukannya. Amalan itu adalah menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan apa pun. Mengerjakan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Mekah.”

Kemudian baginda berkata lagi, “Adakah saudara suka saya tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai daripada api neraka, sedekah memadamkan dosa seperti air memadamkan api, dan sembahyang seorang hamba pada satu pertiga terakhir malam.”

Kemudian baginda membaca ayat 16 dan 17 daripada surah as-Sajadah yang bermaksud,

“Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur, (tidur yang sedikit kerana mengerjakan sembahyang tahajud & amalan baik); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (kemurkaanNya) serta perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka.

Oleh itu, tiada individu yang mengetahui perkara yang dirahsiakan bagi mereka (segala jenis nikmat) yang indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal kebaikan yang mereka kerjakan.”

Selepas itu baginda bertanya, “Adakah saudara suka saya beritahu asas bagi semua perkara itu, tiang & titik kemuncaknya?”
Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Rasulullah pun berkata, “Asas bagi semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah sembahyang dan titik kemuncaknya adalah jihad.”
Kemudian baginda bertanya lagi, “Adakah saudara suka saya beritahu kunci bagi semua perkara itu?

Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Baginda memegang lidahnya, lalu berkata, “Saudara jagalah ini.”
Saya bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah kita dituntut bagi segala perkara yang kita ucapkan?

Jawab Rasulullah, “Aduh saudara! Bukankah manusia disembamkan mukanya ke dalam neraka hanya sebab lidah mereka?”

[Daripada Hadis Riwayat Tirmizi]